Kita Mungkin Tidak Dapat Pulang Ke Kampung Seperti Biasa Pada Tahun Ini

 

Situasi COVID-19 di Malaysia, dan juga di seluruh dunia, kini makin serius dan terdapat banyak perkara yang pastinya berubah pada bulan-bulan yang akan datang.

Tiada lagi Bazar Ramadhan, Tetapi Kementerian Wilayah Persekutuan Telah Memperkenalkan e-Hailing Ramadhan.


Solat Terawih di Masjid juga dibatalkan 


Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa   Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara ini ketika sidang media 
Perutusan Khas Perdana Menteri, semalam. 

Demi mengawal penularan wabak Covid-19 dari terus menular, kita harus menerima perkara ini walaupun ia merupakan sesuatu yang sukar.

Perdana Menteri turut menambah sesi persekolahan juga akan ditangguhkan sehingga kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih seperti sediakala.

Ibu bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka. - PM

Pastinya ini bukan sesuatu yang normal bagi budaya rakyat Malaysia yang secara amnya sangat aktif bersosial. Tetapi dalam setiap dugaan dan ujian ada hikmahnya. Pengorbanan dan usaha-usaha oleh rakyat Malaysia termasuklah semua frontliners yang bertungkus-lumus untuk memutuskan rantaian COVID-19 pastinya tidak bermakna jika PKP tidak dilanjutkan.

Kini kita hampir ke penamat PKP Fasa 2.

Walaupun PKP telah dilanjutkan ke Fasa 3, yang hanya akan berakhir pada 28 April, kebanyakan rakyat Malaysia telah berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan lifestyle yang cukup drastik ini.

Bersama kita mematuhi arahan pihak berkuasa supaya kita dapat menurunkan lagi kadar kes baharu COVID-19 di Malaysia.

Post a comment

0 Comments