Kembali beramal, sekeluarga dalam kebun getah jadi perhatian Ust Ebit Lew

 

Sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk memberi sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew terus melawat sebuah keluarga miskin Baling, Kedah.

Menurut Ustaz Ebit, dia sebak melihat keadaan suami isteri bersama empat anak itu yang terpaksa tinggal di sebuah bangsal dalam kebun getah sejak setahun yang lalu.

Ustaz Ebit berjanji untuk mencarikan mereka rumah sewa baharu sementara menunggu rumah baharu yang lebih selesa yang bakal dibina pihak kerajaan tidak lama lagi.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit di Facebook miliknya di bawah:


Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.


Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.


Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.

Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.


Ramai gembira ustaz kembali beramal

Rakyat Malaysia kebanyakannya dilihat sangat gembira dan ucap syukur terhadap kembalinya Ustaz Ebit Lew untuk mengulurkan bantuan kepada golongan susah. Malah, kecekalan dan ketabahannya menghadapi ujian sebelum ini turut dipuji ramai.

Polis mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terima kasih Ebit Lew dan teruskanlah melakukan usaha murni ini untuk menjamin mereka yang kurang bernasib baik.

Sumber: Ustaz Ebit Lew.

Post a comment

0 Comments