Fazura satunya artis yang beri sumbangan dana kepada anju

 

Dikala kini ramai yang membuat gerakan mahu memboikot artis Malaysia, namun sebenarnya masih ada beberapa selebriti yang berjiwa besar menyalurkan sumbangan cuma tidak dihebohkan.

Baru-baru ini, Zarinan Anjoulie atau Anju, di dalam Instagram telah mendedahkan pertolongan berupa sumbangan dana untuk disalurkan dalam misi bantuanya.

Artis tersebut adalah pelakon jelita Fazura, menurut Anju dia tidak menyangka misi bantuannya mendapat perhatian isteri kepada Fattah Amin itu.
Terima kasih Fazura…

Jelas Anju, selama ini tiada seorang artis pun datang menyumbang dana kepadanya, Fazura adalah artis pertama yang berbuat demikian.

“Apabila saya memulakan misi bantuan ini, tiada seorang artis pun yang cuba tolong saya namun tidak mengapalah. Fazura satu-satunya yang ke hadapan memberi pertolongan…” 

Tambah Anju, pertolongan datang tepat pada masanya, ketika kad kredit sudah melebihi had kerana membeli barangan keperluan untuk misi bantuan, Fazura dengan murah hati memberi sumbangan dengan jumlah yang agak mengejutkan.

“Sebaiknya, tidak perlu dedahkan berapa jumlah itu demi keselesaan semua. Saya cuma nak katakan jumlah itu mampu membeli barangan yang lengkap termasuklah susu anak, lampin pakai buang, beras, garam, gula, minyak dan lain-lain…”



Sebenarnya, di saat genting ini bukanlah masa untuk kita bergaduh atau bertikam lidah, tetapi inilah kesempatan untuk orang awam tidak kira latar belakang, menggunakan rezeki yang ada untuk bersama-sama membantu.

Sumber : Zarina Anjoulie Lavocah & Harian Metro via ohmymedia

Post a comment

0 Comments