(VIDEO) Seorang Lelaki Selamba Bangun Selepas Dilanggar Bas!


Seorang lelaki telah dilanggar oleh sebuah bas yang hilang kawalan, tetapi dengan "selamba" bangun dan masuk ke dalam sebuah pub.

Smith selamba bangun dan masuk ke dalam pub selepas dilanngar bas!
Rakaman video tersebut menunjukkan Simon Smith 53,  dilanggar oleh bas berwarna ungu dan tercampak ke kaki lima jalan. Kejadian tersebut berlaku di Reading, England.

Ia kejadian yang mendebarkan dan anda akan menjangkakan Smith akan ke hospital. Tetapi TIDAK!, Smith terus bangun dan berjalan ke arah sebuah bar (Purple Turtle bar) tanpa sebarang masalah, menurut website Guardian

Tiada tangkapan yang dibuat. Syarikat bas berkenaan, (Reading Bus) memberitahu The Telegraph bahawa pemandu itu telah "direhatkan" sementara menunggu siasatan.

Smith hanya mengalami lebam kecil, lapor BBC.


kredit : BBC NEWS

Post a comment

0 Comments