"Doctor Cakap Ada Lagi 5-6 Bulan Aku Kat Dunia Ni" - Mama tabah


Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau cerita akak ni tersiar. Akak pon tak tahulah kenapa tiba-tiba akak rasa nak bercerita di sini. Cukuplah untuk adik-adik tahu yang akak ni seorang ibu anak empat, dua lelaki dan dua perempuan. Anak-anak akak dalam lingkungan umur 8 bulan hingga 14 tahun. Semuanya masih bersekolah. Hurmm, macamana nak start cerita ni eyh?
Hujung Januari 2017 yang lepas, akak disahkan menghidap breast cancer tahap 4. At first akak memang clueless, akak ingatkan badan sakit-sakit yang normal tu je. Tambah-tambah seminggu sebelum checkup tu akak jatuh waktu main friendly netball wakil company. Tapi sakit-sakit badan tu berlarutan. Jadinya officemate akak ajak buat full checkup, ini yang akak dapat. Serious biar betul? Akak jatuh atas court je kot!! Hahaha. So dipendekkan cerita, doctor cakap ada la lagi 5-6 bulan akak kat dunia ni. Entahlah, dah tak tahu nak takut ke apa. Tapi 2 minggu lepas dapat result tu memang akak freakout nak mampus. Dia punya takut nak mati tu, tak terluah takutnya. Pikirkan nak tinggalkan suami, anak-anak yang masih kecik. Yang bongsu pon baru pandai nak berdiri . Adik, mama takut!!
Tapi, bila suami hantar akak kaunseling, terapi minda semua, akak lebih relax. Redha, redha dan redha. Nak usaha lebih-lebih pon macam dah tak ada harapan. Buat habis duit saving anak-anak nak masuk U je nanti. Sebab doktor kata dah ada tanda-tanda kanser merebak ke pangkal leher. Daripada akak melemahkan diri buat kimoterapi, baik akak guna sisa-sisa masa akak dengan family. Jangan kecam akak ok sebab nampak macam tak berusaha dan seakan akan give up. Ye, sesiapa yang rasa, memang tak akan lari dari perasaan giveup.
So, untuk masa yang berbaki beberapa bulan ni, akak usaha untuk menimba segala ilmu rohani, pergi usrah, majlis ilmu, dekat diri dengan orang positif. Kalau boleh, ada lah bekalan untuk akak bawa ke sana nanti ye dak? Yang tu kita tolak tepi dulu lah. Akak nak cerita, macamana akak cuba untuk bagi anak-anak akak faham, bersedia dan belajar untuk hidup tanpa kehadiran akak nanti. Untuk pengetahuan, akak dah apply untuk resign dah. Tinggal kelulusan je dari pihak atasan. So, sekarang akak adalah full time housewife gitu.
Akak kalau boleh tak nak bagi anak-anak akak depress menanti hari sebagaimana akak pon turut cuak. esok ke? Esok ke? Macamna kalau malam ni happy2 gelak-tawa dengan anak-anak, tapi esok pagi rupanya dah tak bernyawa aku ni? Debar yang sangat2. Macam takut nak tido. Takut nak lelapkan mata walau sekejap. Nak tatap suami dan anak-anak lama-lama. Rasa macam tak nak bagi anak pergi sekolah pon ada.
Ya allah melalut dah akak ni. Haha. Back to the main point, sekarang ni akak banyak ajar suami bagaimana untuk manage kehidupan dengan anak-anak tanpa isteri kelak. Anak yang pertama dan kedua akak rasa tiada masalah sangat. Tapi yelah, still kena pantau budak-budak nak masuk alam remaja ni lagi banyak pancaroba nya. Tapi dari segi menguruskan diri, InsyaAllah akak dah train diorang sejak diorang kecik lagi, cara iron baju, kemas rumah, masak simple2, basuh kasut, blablabla.. Semoga segala bebelan mama untuk abang dan kakak tersemat dalam kepala korang.
Tapi yang ketiga dan keempat ni akak anggap masih baby. Still perlukan perhatian yang banyak. Alamak, menitik pulak air mata ni. Yang keempat, baby ni kalau ikotkan dari lahir sampai pertengahan Februari, memang dia tak minum susu formula langsung. Memang 100% susu badan. Tapi sekarang ni, baby yang baik hati lagi menyenangkan mama ni sedang belajar menerima susu formula. Maafkan mama baby. Itupon kadang-kadang kembung-kembung perut baby nak terima susu tin tu. Kadang tu cirit-cirit anak mama. Nanti kita try susu jenama lain pulak ye. Nanti ibu-ibu yang baca ni share ye susu apa yang korang bagi untuk anak. Ye akak tahu, lain orang lain penerimaannya. Tapi kita cubalah.
Anak keempat anak ni lelaki tau. Panggil Boy. Boy ni ada habit, kalau nak tido malam-malam mesti kena bergesel-gesel dengan mama dia. Lepastu main-main rambut mama sampai tertidur. Dah macamana ni mama nak pergi? Akak dan laki akak dah cuba nak kurangkan habit tu, tapi serious Boy tak boleh lelap langsung. Macam serba tak kena kalau kita buat-buat tak bagi dia main rambut. Kesian Boy mama. Perlu ke papa berambut panjang? Tapi rambut papa kerinting. Buruk benar kalau simpan panjang.
Suami akak pulak sekarang ni tengah nak belajar masak makanan kesukaan anak-anak. Nanti takdelah bila diorang rindu masakan mama yang cantik ni, takde sape yang nak buatkan pulak. Jadinya, akak dah siap print resipi masakan kegemaran anak-anak. Siap buat video uolls dalam ig. Suami akak bukan tak tahu masak langsung, Cuma tak berapa hebat. Hahaha. Tapi tak tahu la kan, tak sampai dua bulan mama pergi, anak-anak akak dah dapat mama baru. Tapi akak dah pesan kat suami akak, boleh kalau nak kawin lagi, tapi hadap la akak akan menghantui hidup dia dan bini baru sampai bila-bila. Kalau berani, silakan. Alaa, sedih la pulak bila pikir laki akak kawin lain. Sobsobsob.
Wahai para pembaca yang budiman, sudilah kiranya jika anda berkongsi pandangan mahupun saranan yang membina untuk akak sekeluarga. Tapi akak sangat tidak mengharapkan segala saranan makanlah supplement ni kak, cubalah ubat itu, cubalah ubat ini. No, I think I don’t need that. Akak nak baca pengalaman-pengalaman dari sudut pandangan anak-anak yang kehilangan ibu contohnya. And how you overcome that feeling kalau tetiba rasa rindu yang amat sangat. Terima kasih.
– Mama | iiumc

Post a comment

0 Comments