Pelajar mati ditikam rakan sebilik hanya kerana menyanyi



Beijing: Seorang pelajar universiti di China mati ditikam rakan sebilik di asramanya dalam pertengkaran yang tercetus akibat nyanyian mangsa.

Universiti Kunming di wilayah Yunnan mengesahkan seorang pelajarnya mati pada 13 Jun lalu, lapor Peoples Daily Online.

Polis berkata, mangsa, Peng Moumou, 18, menggunakan kerusi untuk memukul rakan sebiliknya itu yang berang selepas dia mula menyanyi.

Peng berkongsi bilik dengan suspek dan semua rakan mereka mengetahui hubungan kedua-duanya tidak baik.

Menurut laporan China News, selepas dipukul dengan kerusi, suspek mengeluarkan pisau dan menikam Peng.

Mangsa dibawa ke hospital, tetapi kemudian mati akibat kecederaan dialaminya.

Mangsa Mati Ditikam

Post a comment

0 Comments