‘Dulu Abang Hero, Tapi..’- Luahan Isteri Bila Sanggup Bersusah Bersama Suami Hingga Jadi Orang Senang, Akhirnya..


Setiap pasangan ada dugaan masing-masing. Ada yang sanggup susah dan senang bersama dan ada juga mula tinggalkan pasangan masing-masing untuk cari kebahagiaan sendiri. Macam kisah yang kami ingin kongsikan dari kiriman emel seorang isteri ni, dahulunya dia sentiasa bersama suaminya. Masing-masing bersusah payah untuk menjadikan rumahtangga mereka senang.

Tapi bila dah berjaya dan semua yang diimpikan dapat, akhir sekali suaminya..

Dulu susah sama-sama..


Buat mereka yang kat luar sana , buat pasangan suami isteri yang dah lama atau baru berumahtangga atau nak mendirikan rumah tangga , ambiklah cerita saya ni sebagai iktibar.  Takde niat nak mengaibkn siapa2 tapi sebagai pengajaran semata2. Bila dah terjadi pada diri sendiri.. Baru ingat sampai bila2. Niat kita baik.. di beri budi tetapi di balas taik. Jangan sekali2 ambil orang luar masuk rumah tangga kita.. walau niat kita baik. Dan jangan sekali percaya sesiapa. Itu pesan buat saya jangan leka dan terlupa jgn terkena kali ke 2.. ke 3 atau seterusnya. Ingatlah !! Sharelah kisah ni.. saya tak kisah. Demi kebaikan bagi yang terlupa dan lalai.
Kenal hubby mula2 dulu naik bus , taxi and transport kerja. Masuk tahun ke 2 hidup berumahtangga masih tak stable pindah Ipoh kerje kedai makan mak mertua. Lepaslah nak hidup. Umah mak mentua bagi free, makan minum pun free dah kerja kedai makan, free lah. Mak mentua belikan moto EX5, boleh gak nak gerak sana sini. Dapat tawaran kerja, tolong ekonomi hubby .. dapat beli kereta Iswara Aeroback ADY 753. Masa tu tak pandai bawak kereta. Waktu ambik kereta kat Proton Jalan Kuala Kangsar, 3 beranak naik motor. Balik hubby bawak kereta, saya bawak motor. Berhenti kat traffic light meleleh air mata nampak anak yang baru 2 tahun selesa dok dalam kereta tu dah tak kena hujan dan panas lagi.  Rasa hapy sangat dapat kereta, hubby bawak dan anak naik. Kuyup aku kat traffic light tu tetiba hujan rahmat turun dapat kereta baru.

Susah payah sampai dapat merasa beli kereta


Masuk 3 tahun kereta kena tarik tak dapat bayar.. nama pun black list. Pindah randah ni takyah cakap lah.. dok umah store pun pernah. Rumah macam reban ayam pun pernah. Tapi happy.. tetap bahagia. Still makan bersuap.
Ada seorang hamba Allah ni tolak wira kat hubby, dapat beli cash RM2 ribu je. Warna merah bunyi macam ferarri. Itu pun aku happy. Kereta tulah dr Sbn – Subang.. angkut pasir , batu bata, simen nak buat kedai. Ayam daging segala apa jelah yang boleh angkut. Kedai , siang restoran .. malam susun kerusi meja bentang tikar alas toto jadi tempat tidur. Bahagia yang amat berbantalkan lengan hubby anak2 jadi bantal peluk.
Huby kerja keras siang malam dapatlah beli myv SE NCM 9100 cash RM56 ribu. Jeran bayar ansuran. Dapatlah pergi holiday over seas every year smpai muak pulak naik kapal terbang ni. Bangun pagi, rasa nak makan nasi kandar di Penang parked Velfire kat valley parking KLIA 2 , ambik flight chow. Dah pekena cendol power dan sepinggan nasi kandar tapau utk dinner pulak n terus blik Sbn.  Dulu tak usah lah hand bag Gucci , taik gigi pun takde. Nak masuk giant pun mengigil , AlHamdulillah dah ada rezqi setakat Pavi tu beli stokin anak dan ubat gigi asma je. Kata hubby nikmat Allah nak bagi.. penat dah susah.

Tapi bila dah berjaya..


Tulah, susah senang sama2 sampai viral, sampai famous Restoran Nasi Arab XXX, yang siang malam tak berhenti saya doa biar berkat biar melimpah ruah rezqi . Keluar tv dah mcm retis aku ni. Habis semua orang susah employed jadi staff termasuklah anak perempuan yang aku kutip dari umur dia 16 tahun, aku dengan hubby didik sampai boleh dah handle kedai. Sudahnya dia pulak kutip laki aku jadi laki dia. Sampai tak masuk akal aku diceraikan dgn alasan yang tak munasabah. Sebenarnya pasal betina tu je, sampai hubby aku hilang akal hilang iman. Anak kutip yang seluar dalam dia pun aku basuh, makan pun aku suap, demam aku yang bawak pergi klinik akhirnya aku di tanam hidup2 sebab nak kan kebahagian dan kesenangan rumah tangga kami yang dia nampak depan mata. Yelah, Dia pun nak merasa naik kapal terbang makan lamb chop di LONDON.   Maklumlah anak kutip memang ada darah pelakon.. berdrama lah dia jadi heroin ganti cite #AliSetan. Serius.. kalah lakonan Ogy Ahmad Daud. Andai Ustaz yang hafal 30 juzuk Al Quran dan 40 hadis dalam kepala pun punah iman dia goda .. inikan hubby aku sorang bussinesman. Ceroi je bagi dia.

Pernah angkat tong gas, kuku jadi buruk basuh beras bergudang


Tulah.. ISTERI DI UJI KETIKA SUAMI SUSAH, hubby berpeluh2 pun sanggup je tidur celah ketiak.. tak kira bau kambing tetap bau kasturi. SUAMI DI UJI bila dia senang. Adoooooiii… pandai2 lah kita bwk diri naaaak. Kakak Sufairah Rahim, Aisyh Fatima dan Asma. Mama masih punya kamu. Jangan sekali korang rampas dann ambik hak orang. Nak mewah, nak senang usaha sampai dapat. Macan mana mama susah sampai 5x berbelah perut sebab serik hidup. Sebab nak senang sama2. Angkat tong gas, angkat berat mengalahkan abang sado. Kuku ni jadi buruk basuh beras bergudang, ayam sereban kambing sekandang. Sudahnya yang pakai perfume, kasut tumit tinggi ,baju labuchi labu air labu labi.. orang lain yang dapat. Ya Allah.. aku redho andai ini sudah tentuan hidup buat aku. Pergilah kau berbahagia. Segalanya dah siap.. Tak payah susah payah macam akak dulu. Hempas pulas sampai tumpah berjuta keringat sampai hilang kudrat.

“Dulu abang hero akak tapi..”


Tapi awak pun berkerja keras juga atas taktik fitnah yang berjaya dan menggoda. Ingat senang ke nak cari jalan cerita nak rampas orang punya. Bukan kerja sehari dua tuu. Mahu bentang kertas kerja buat plan. Itu yang dpt ilham macam2 tu. Kalau tak.. Tak jadi. Penat tu kan? Mau tak penat.. kalau tak, tak sampai ke Mekah nak cari berkat buat majlis akad nikahnya. Selamat lah dah dan segala yang awak usahakan berjaya hingga abang jadi lupa akak dan anak2. Sampai buang terus kami dalam hidup dia. Janganlah abang dengan baik sebagaimana 20 tahun akak menjaga dia.
InsyaAllah.. Allah sentiasa ada. Dulu abang hero akak tapi akak lupa HERO saya yang tak akan tinggalkan saya dan lupakan saya dan tunggu saya di akhirat kelak Nabi saya SAW. Dialah cinta hati saya yang setia selamaya… selawat dan salam ke atas Nya. Ampun kan dosa aku Ya Allah. Moga aku terpilih dengan izin Mu mendapat syafaat cinta hatiku NABI MUHAMMAD SAW di akhirat kelak. Aamiin..

Post a comment

0 Comments