Buat Dayang Suffiyah kau memang seorang munafik perampas suami orang - isteri kecewa


Buat Dayang Suffiyah. You know who you are. Perampas suami orang” luahan seorang wanita apabila mengetahui suaminya telah bermain kayu tiga dengan perempuan lain.

Wanita ini membuat perkongsian di media sosial apabila mengetahui suaminya telah bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Wanita itu sehingga kini masih lagi tidak boleh melupakan apa yang telah perempuan itu lakukan pada rumah tangganya. Malah, wanita itu tidak akan pernah memaafkan perempuan yang telah menghancurkan rumah tangga bersama suami.

Wanita itu akui perkara itu bukan hanya salah perempuan itu seorang ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Wanita ini turut sama menyalahkan suaminya, kalau tidak di layan perkara ini tidak akan terjadi.

“Kau seorang perempuan munafik yang berpura-pura disebalik perangai kau yang konon baik dan alim. Kau pandai sorokkan perangai sebenar kau. Kau kena ingat, walau suami aku dah ceraikan aku, dia masih suami aku. Kerana aku mengandungkan anak dia sekarang.

“Tapi kau tetap berhubung dan bercinta dengan suami aku sehingga kini. Ingatlah doa orang yang dianiaya. Aku tak henti doa supaya Allah beri balasan setimpal kepada kau. Mungkin bukan sekarang, tapi kau tak akan terlepas di akhirat,” tulisnya.

Apabila mengetahui suaminya curang, wanita ini telah menghubungi perempuan simpanan suami dan meminta perempuan itu mengundurkan diri. Perempuan itu berpura-pura mahu mengundurkan diri namun semua itu hanya lakonan semata-mata kerana mahu dilihat seperti perempuan yang baik kerana sanggup berkorban.

Perempuan itu masih berhubungi dengan suami wanita ini malah perempuan simpanan itu sudah beberapa kali melakukan maksiat bersama.

Lebih menyedihkan wanita ini berkata suaminya telah menceraikan ketika dia mengandung. Walaupun pelbagai cara yang telah dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga. Segala usaha itu seperti langsung tidak berhasil kerana suaminya lebih memilih perempuan simpanan itu dari dirinya sendiri.

Disebabkan perempuan simpanan itu, anak yang dikandung wanita ini hilang kasih sayang seorang ayah. Perempuan itu dari awal lagi sudah mengetahui status suami orang tetapi masih lagi berterusan berhubungan dengan suaminya.

“Ingatlah, selagi kau tak datang kat aku untuk minta maaf atas segala perbuatan kau, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau. Ingat tu! Aku akan ingat ayat ini, “perempuan murahan untuk lelaki murah”. Sesuai la untuk korang berdua tu,” katanya.

Rata-rata netizen merasa sedih apabila membaca kisah wanita ini apabila terpaksa menerima dugaan berat itu apabila diceraikan suami semasa hamil anak sulung. Malah, ada netizen meminta agak semua wanita di luar sana untuk tidak menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang. –MissA/UtaraNews.com

Post a comment

0 Comments